Checkup di HUK*m 24/11/09 patutnya mcm biasalah - scan baby, buat FBC and see doctor. tapi hari tu encik doktor decided untuk wardedkan aku sbb aku didiagnosed plak kena beta thalassemia trait with mild anemia. hb reading 7.3. agak rendah and bahaya untuk si kembar aku nih
aku rileks je sbb dlm kepala otak aku, elok juga tambah darah sbb aku tak suka makan pil iron yg busuk lagi tak sedap tu. rupanya tinggal di wad taklah sebest mana. aku jadik stress sbb tak boleh merayau2 waima nak gi ke cafeteria nak melantak pun tak boleh. bengangnye! kena dok diam2 kat wad...pastuh kalau time kena masukkan darah, aku kena dok keras mcm batu tak boleh gerak tangan adalah dlm 4 jam sekali transfuse darah. tangan aku sampai bengkak2..sakit rupanya tambah darah tu. ceh! aku ingat mcm tambah air jek. rupanya darah O+ ni pekat, pastuh ada plak bubble masuk dlm salur darah aku..bosan sungguh!
paling stress sbb aku ni ngandungkan twin, so jadik famous (perasan cam artis plak! ceh!) sampai ke wad sebelah, semua medic student datang nak belajar ttg multipoles kat perut. time aku nak tido pun diaorg kejutkan. tak bagi, kesian plak sbb diaorg nak belajar..kalau diaorg tka practice, camne diaorg nak pandai ye tak? camne diaorg nak jadi gynae specialist yg bagus ye tak?
patutnya aku kena stay for 3 nights tapi puas merayu2 kat doktor last2 dia allow aku balik on thursday ptg dgn syarat monday aku kena gi day care center untuk ambik darah. ahahaha yea! dapat balik beraya kat rumah dgn adam n hubby.
dapat pulak great news yg parents aku nak datang beraya di kl dgn semua adik2 aku. mmg best giler sbb merasalah nak mkn rendang and lemang.
adam lagikla best bila ateh,uda,acik and cu dia datang rumah melayan kerenah dia. eksyen bukan main dgn aku. kesimpulannya mmg bestlah raya haji taun ni. aku tak penat stuck dlm traffic jam untuk balik ke kampung yg sure mak ayah aku ada temankan aku dalam keadaan apa sekalipun. love u abah! love u ibu! semoga Allah aje yg dapat balas segala pengorbanan dan kasih sayang yg melimpah ruah dari kalian.
Usrah untuk orang baik sahaja ke?
10 hours ago

