ini entry tentang rumah tangga ye. siapa tak berminat tak perlu baca.
aku terbaca dlm majalah wanita yg kini menjadi magazine kegemaran ku. :)
dlm satu segmen ada diskas pasal 4 punca keruntuhan rumahtangga. jom baca dan cermin diri bersama2. kalau ada persamaan dgn diri kita sendiri, sila tukar sebelum talak jatuh tanpa disangka.
1. Buat2 lupa tangung jawab.
dlm topik ni, tuan penulis menjelaskan, punca rumahtnagga porak peranda adalah disebabkan en suami yg selalu ngelat bayar hutang keluarga, tak beri nafkah...so isteri yg kena tanggung semuanya padahal itukan tanggung jawab en suami. lama kelamaan puan isteri akan mula sakit hati dan berdendam dlm diam. tak lama boleh bercerai le tu
aku komen: mmg betul... so en suami semua sila fahami walaupun isteri anda bekerja, tugasnya hanya untuk meirngankan beban anda, bukan nak menggalas 100% beban anda. kalau tak mampu nak bg makan anak bini, awal2 lagi jgn kawen. anda belum layak untuk menjadi suami kalau nafkah pun tak dpt beri (tpi kalau nafsu anda dah lebih dari duit dlm poket, tak boleh buat apalah kan..karang byk plak kes buang bayi)
2. suka marah2
sikap marah2 dan suka tinggikan suara tak kisahla En suami atau Pn Isteri, mmg akan jadi punca kepada sikap tidak menghormati antara pasangan. pun boleh jadi punca bercerai berai.
aku komen: hati2 ye Pn isteri, walaupun En Suami kita tu mmg dah lama sgt kenal sikap baran kita tu malah 10thn boleh thn telinga dok dgr kita marah2 or bebel2 kat dia...tetiba bila dia 'terjumpa' pompuan lain yg lemah lembut dan elok budi bicara, sikap baran kita tu akan dijadikan senjata utama untuk kita diceraikan. jadi nasihat aku, kalau dah jadi mcm tu, bukan salah suami kita 100% ye, kita yg kena berubah dulu.
3. kerap mengkritik
tak salah mengkritik, tapi kenalah kena pada caranya. selalunya org paham kalau kritikan yg diberi mestilah tajam dan pedas, baru orang tu paham. tapi dalam kes berumahtangga ni, kritikan padapasangan yg pedas dan tajam akan diinterpretasikan sbg menghina. so pasangan akan berkecil hati dan berdendam dlm diam. lama2 boley bercerai beb.
aku komen: my hubby mmg suka bg komen yg pedas. ye betul aku akan kecik hati dan pendam perasaan. dlm kes aku ni, aku cuba buang jauh2 perasaan berdendam dlm diri. well, aku mmg tak sempurna, so dgn kritikan2 tu, aku cuba ubah diri aku menjadi isteri yg lebih sempurna di mata dia. walaupun mulut u pedas en hubby, saya masih syg kamu... cewah!
4. bercerita keburukan pasangan
suka bercerita pada teman ttg kekurangan suami, bukan dgn niat nak memburukkan tapi sekadar cerita2 yg menyeronokkan. teman2 mungkin dlm diam tak menghormati dan mengharagai pasangan anda.
aku komen: ok..ok..no komen...aku insaf..hehehe sorry bang..tak sengaja. i love u..muah!
0 comments:
Post a Comment