Amir Rayyan

Amir Rayyan

Sunday, January 2, 2011

2011 dah tiba

hari ni dah masuk 3 jan 2011. lama sudah saya tak update blog ni. ada byk hal yg harus dibereskan hingga tak sempat nak update blog.

entry kali ni saya nak bercerita tentang harapan saya untuk thn 2011 ni. tiada apa yg istimewa sgt 2011 ni melainkan harapan saya agar kami sekeluarga sihat, happy dan tiga anak bujang saya membesar dgn sihat. saya juga berharap saya 'dijodohkan' dgn pekerjaan yg baru..yg lebih challenging, yg lebih menggembirakan hati saya.

sepatutnya saya merancang untuk membuka sebuah taska, tapi setelah dipertimbangkan sedalam2nya, saya belum mampu untuk melaksanakan semua impian saya serentak. lebih penting tahun ini untuk saya segera habiskan master degree saya yg hingga hari ini belum berjaya didaftarkan.

paling penting 2011 ni saya berjanji untuk menjadi lebih secretive, less talk, and more introvert. saya tak mahu org tahu tentang hal peribadi saay secara berlebihan melainkan ahli keluarga saya.

sebelum saya terlupa, kenangan mlm tahun baru harus saya ceritakan di sini. di ambang 2011, en hubby telah membawa saya dan anak2 ke i-city, dah lama berjanji pada Adam untuk membawa Adam melihat lampu2 neon yg berwarna warni..alhamdulillah, anak2 saya suka melihat lampu dan org ramai. ramai betul yg menegur amir dan amar.kemana saja kami pergi pasti ada yg memandang dan ramai yg menegur.

tak adakah producer iklan yg ingin mengambil anak kembarku sbg model iklan?? hehehe

0 comments: